Sunday, February 20, 2011

Mentua oh Mentua

Macam-macam orang macam-macam lah feel nya. Kali ni entry yang nak aku kongsi dengan rakan-rakan kisah mentua oh mentua. Ada mentua yang baik, ada kurang baik (garang macam harimau) dan ada juga mentua yang berpura-pura baik.

Kalo mendapat mentua yang baik amatlah syukur ke hadrat Ilahi. Memang selamatlah dari cacaian dan kejian mentua. Tapi kalo dah mentua inda suka ada ja hal kecik diperbesarkan. Kalo dapat mentua yang berpura-pura baik lagilah bahaya. Depan kita pijak semut pun inda mati. Belakang kita habis keturunan kita diungkit-ungkit.

Aku heran gak dengan satu kes ni (cewah macam perunding keluarga lah pula aku ni)..dulu nak jadi lawyer tapi tak habis belajar law..last2 jadi lawyer buruk..hahahaha..pasangan suami isteri ni dah kawin mungkin dalam 2-3 tahun dah. Anak pun dah ada. Tapi yang musykilnya aku si isteri rumah mak dia si suami pun rumah mak dia. Bila suami pegi melawat anak dan isteri dia mentua tutupkan pintu pagar dan pintu rumah sekali.

Tapi saat yang memilukan hati si suami dilarang memegang anaknya..adakah patut si mentua melarang kan itu bapa kepada cucunya..alasannya kunun bapanya "kotor". Ya memang bapanya itu keja sendiri aja tetapi tak kan bapa nak dukung anaknya pun inda boleh.

Si isteri pun macam kerbau dicucuk hidung. Apa ke bendanya tak tinggal seumah dengan suami kesayangan. Kalo cakap kahwin atas dasar cinta memang pun atas dasar cinta setinggi langit. Bila si suami datang menjenguk ditutupkan pintu. Ni dah jadi isteri derhaka! Palis-palis orang tua cakap. Balasan isteri derhaka pasti neraka jahanam lah jawabnya yer.

Yang ni lah jadi masalahnya ni. Nak turut yang mana satu. Mak ke atau suami. Nak ikut kata mak jadi isteri derhaka. Nak ikut kata suami, derhakalah pula pada mak.

Hari Sedih Aku

Hari ni berlaku satu peristiwa sedih ditempat aku. Ya, seekor doggy yang dinamakan Joseph telah meninggalkan alam ini. Joseph sebenarnya adalah seekor anjing peliharaan jiranku. Sangat jinak dan memang memahami.


Joseph ini berbulu tebal berwarna putih. Memang agak besar gak badan Joseph ni selain giginya yang bertaring...kalo orang tengok konfom gerun tengok anjing ni.

Suka menyalak memang kegemaran Joseph tapi taklah sampai nak gigit orang..memang dah perangai anjing suka menyalak so nak buat macamanakan..

Kebetulan jiranku itu pergi bercuti dengan family di luar daerah selama dua hari semalam. Jadi kebetulan pagi tadi agaknya lah yer, Joseph pegi ke jalanraya utama menunggu bosnya itu pulang. Kebiasaannya Joseph akan menunggu depan pintu rumah menunggu ketibaan bosnya. Tapi hari ni ia buat perangai pla pegi ke jalanraya utama. 

Malang nasibnya semasa menyeberangi jalanraya sebuah van telah melanggar Joseph (menurut jiran yang nampak kejadian)..On the spot Joseph memutuskan nyawanya kat situ....

Kematian Joseph telah dimaklumkan pada jiranku..menurut jiranku itu dia minta agar Joseph jangan dikebumikan dulu sebabnya biarlah mereka sekeluarga yang mengebumikannya..

Masa funeral Joseph diadakan aku juga turut ditempat kejadian. Joseph yang dulu gagah perkasa kini kelihatannya kaku terkulai tidak bermaya..memang suasana agak sedih sebab teringat akan gelagat dan kelakuan Joseph selama ini..

Masa Joseph diletakkan diliang lahad bergelinangan air mata kesedihan..aku pun tidak mampu menahan air mata ini dari menitis...sedih bangat...sebabnya biarpun ia cuma seekor haiwan peliharaan yang dinamakan Joseph tetapi Joseph juga salah seekor haiwan ciptaan Allah SWT...jadi setiap benda yang bernyawa pasti merasai kesakitan tika menghembuskan nafas terakhir..

Bagiku Joseph yang telah pergi telah meninggalkan kenangan manis buat kami semua...





Tanam Gigi..

Masa menunggu anak pulang dari sekolah agama, sempat gaklah aku borak dengan ustazah tempat anak aku sekolah tu...ustazah tu amatlah friendly dgn semua orang termasuklah aku...friendly nya tu termasuklah menampakkan gigi palsunya yang baru ja ditanamnya..apa orang kata Tanam Gigi...


Aiikkk...bolehkah tanam gigi..setau aku inda boleh lah fren..ustazah tu gtau boleh yang penting jangan ubah kejadian...maksudnya kalo gigi kita memang dah rompang katanya wajarlah juga diperelokkan...pakailah gigi palsu..jadi kalo meninggal nanti mcmana? Cabut ja lah gigi palsu tu sebabnya gigi tanam ni cuma pakai gam je dia cakap...

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. 

Setiap tahun seluruh dunia akan menyambut hari keputeraan Rasulullah dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Memangnya sambutan Maulidur Rasul ini sudah menjadi satu kemestian gak di tempat aku. Kalo dulu time bujang-bujang memangnya aku rajin benar menjadi ahli team perarakan Maulidur Rasul..kalo tidak turut serta semestinya rasa satu kelainan dalam jiwa ku..entah mengapa ya..

Besanya dulu kala kalo aku mengikuti perarakan di tempat tinggal ku pasti yang aku inginkan sekali ada tipsnya..sebabnya dulu sapa yang ikut perarakan tu akan diberi duit poket..ala inda banyak juga cuma dalam RM5-RM10 je..tapi masa tu duit sejumlah RM10 tu pun dah kira mewah bagi aku..

Thursday, February 17, 2011

Nak Anak Ke Taknak


Kebetulan hari ni aku bawa anak pegi klinik berjarum..besanya kalo aku datang petang sure inda ramai orang..tapi kali ni aku pegi ramai orang la pula...jadi dipendekkan ceta masa masuk dalam bilik pemeriksaan tadi sempat gak terdengar seorang ibu dgn nurse tu berborak...

Kebetulan nurse tu kenal dengan kak ipar ibu yang kena periksa tu...jadi nurse tu tanyalah dia...kak ipar mu tu tinggal kat mana? Masih kat kampung jawabnya...suaminya keje mana? Oh..suaminya keje kat Kota Singa (Singapura le tu)..dia dah berape anak? Dia belum ada anak lah kak...tapi dia pernah bagitau saye dia tak nak ada anak....setiap kali dia menyembah Tuhan dia cakap dia inda mau ada anak...

Aku yang terdengar perbualan durang terkedu gak..sebabnya ada gak orang inda mau anak dalam dunia ni yer...sambung balik ceta tadi..jadi bila ibu tu keluar dari bilik pemeriksaan, nurse tadi berbuallah dgn aku...gile ke apa kak iparnya tu...apahal dia kawin kalo dia inda mau ada anak kan....orang buduh ja kawin inda mau anak dia bilang...

Aku pun berilah pendapat aku dgn kakak nurse tu...ya la kak...apa motif orang tu kawin kalo ia inda mau anak kan...mungkin faktor pompuan tu inda mau anak sebab takut body nya yang seksi rosak selepas bersalin...mungkin gak pompuan tu jenis yang inda suka dengan tanggungjawab...mana lah tau....

Tapi tepikir gak lah yer napa ya pompuan tu inda mau ada anak...sedangkan semua orang yang berkahwin ni pasti menginginkan zuriat...baru aku tersedar dari mimpi bahwa ada manusia seperti ini...