Hari ni berlaku satu peristiwa sedih ditempat aku. Ya, seekor doggy yang dinamakan Joseph telah meninggalkan alam ini. Joseph sebenarnya adalah seekor anjing peliharaan jiranku. Sangat jinak dan memang memahami.
Joseph ini berbulu tebal berwarna putih. Memang agak besar gak badan Joseph ni selain giginya yang bertaring...kalo orang tengok konfom gerun tengok anjing ni.
Suka menyalak memang kegemaran Joseph tapi taklah sampai nak gigit orang..memang dah perangai anjing suka menyalak so nak buat macamanakan..
Kebetulan jiranku itu pergi bercuti dengan family di luar daerah selama dua hari semalam. Jadi kebetulan pagi tadi agaknya lah yer, Joseph pegi ke jalanraya utama menunggu bosnya itu pulang. Kebiasaannya Joseph akan menunggu depan pintu rumah menunggu ketibaan bosnya. Tapi hari ni ia buat perangai pla pegi ke jalanraya utama.
Malang nasibnya semasa menyeberangi jalanraya sebuah van telah melanggar Joseph (menurut jiran yang nampak kejadian)..On the spot Joseph memutuskan nyawanya kat situ....
Kematian Joseph telah dimaklumkan pada jiranku..menurut jiranku itu dia minta agar Joseph jangan dikebumikan dulu sebabnya biarlah mereka sekeluarga yang mengebumikannya..
Masa funeral Joseph diadakan aku juga turut ditempat kejadian. Joseph yang dulu gagah perkasa kini kelihatannya kaku terkulai tidak bermaya..memang suasana agak sedih sebab teringat akan gelagat dan kelakuan Joseph selama ini..
Masa Joseph diletakkan diliang lahad bergelinangan air mata kesedihan..aku pun tidak mampu menahan air mata ini dari menitis...sedih bangat...sebabnya biarpun ia cuma seekor haiwan peliharaan yang dinamakan Joseph tetapi Joseph juga salah seekor haiwan ciptaan Allah SWT...jadi setiap benda yang bernyawa pasti merasai kesakitan tika menghembuskan nafas terakhir..
Bagiku Joseph yang telah pergi telah meninggalkan kenangan manis buat kami semua...

No comments:
Post a Comment