Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Setiap tahun seluruh dunia akan menyambut hari keputeraan Rasulullah dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
Memangnya sambutan Maulidur Rasul ini sudah menjadi satu kemestian gak di tempat aku. Kalo dulu time bujang-bujang memangnya aku rajin benar menjadi ahli team perarakan Maulidur Rasul..kalo tidak turut serta semestinya rasa satu kelainan dalam jiwa ku..entah mengapa ya..
Besanya dulu kala kalo aku mengikuti perarakan di tempat tinggal ku pasti yang aku inginkan sekali ada tipsnya..sebabnya dulu sapa yang ikut perarakan tu akan diberi duit poket..ala inda banyak juga cuma dalam RM5-RM10 je..tapi masa tu duit sejumlah RM10 tu pun dah kira mewah bagi aku..

No comments:
Post a Comment